Share

Ada rahsia apa dalam telefon bimbit lelaki

APA agaknya reaksi lelaki apabila isteri tiba-tiba mahu berkongsi telefon bimbit dengan alasan tiada rahsia yang perlu disembunyikan apatah lagi sudah bertahun-tahun hidup bersama.

Maknanya telefon bimbit anda adalah telefon bimbit isteri anda sebagaimana anda berkongsi gelas, pinggan, selimut, bantal, tuala mahupun bahan perapian badan.

Wah, betul-betul satu permintaan yang membuatkan ramai lelaki tergamam. Berkongsi lain tak apa, tapi bukan telefon bimbit.

Kenapa, kerana alasan utama ia boleh menyebabkan hubungan harmoni suami isteri terganggu. Zaman sekarang, telefon bimbit yang mampu menyimpan apa juga maklumat daripada bertulis sehingga foto dan video, adalah segala-galanya.

Oleh kerana begitu sekali peranannya, ia boleh menimbulkan banyak salah faham, prasangka dan kecurigaan. Tak fasal-fasal akibat benda remeh-temeh dalam telefon bimbit, darjah kecemburuan boleh melonjak. Tak fasal-fasal, perkara mudah menjadi sukar. Tak fasal-fasal hidup rukun jadi bermasam muka

Al maklum, wanita mudah hilang pertimbangan jika sudah diselubungi emosi dan kecemburuan. Cemburu selalu membutakan logika dan akal budi (common sense) mereka. Kalau masih tak percaya, cubalah dan lihat hasilnya.

Alasan kedua, dan ini yang perlu dijaga rapi oleh suami ialah tembelangnya boleh pecah. Ada rahsia besar dalam telefon yang mahu disimpan rapat-rapat.

Maklum sahaja, trend sekarang lelaki cenderung curang kepada isteri. Curang itu dikatakan memberikan sensasi tersendiri terutama kepada lelaki separuh baya. Sekali lagi, kalau tak percaya cubalah. Paling tidak tahap kecurangan itu sekadar bermain-main perasaan tanpa ada komitmen yang jelas.

Sebab itu, lelaki selalunya mempunyai pedoman penting (golden rules) mengenai telefon bimbit yang mesti diikuti jika dia mempunyai selingkuhan. Apa pedoman penting itu?

Jangan sesekali masukkan nama kekasih anda itu dalam telefon bimbit. Pastikan anda hafal nombor berkenaan. Jika tidak mampu kerana punya ramai kekasih dan anda pun sudah mulai pikun, cuba gunakan nama lain. Tapi awas, ini muslihat lama yang sudah diketahui ramai wanita.

Hapuskan segala jejak berupa rekod panggilan, SMS atau foto termasuk yang dalam memori. Jadikan tabiat, setiap kali kaki melangkah ke pintu pagar rumah, segala jejak itu telah terhapus.

Pesan kepada kekasih anda agar mematuhi aturan waktu berhubungan. Waktu paling aman ialah semasa jam kerja, Jangan sesekali sewaktu anda sedang bersama isteri dan keluarga. Tetapi jika terperangkap dalam situasi itu, jangan panik. Bersikap biasa dan jangan cepat-cepat beranjak ke tempat lain untuk menjawab telefon, SMS atau e-mel. Ini boleh menimbulkan kecurigaan. Pandai-pandailah temberang. Dan, bagi memastikan suasana lebih aman wujudkan penampan iaitu dengan menggunakan kod. Contohnya, esok tak ada meeting yang maksudnya esok tak jadi dating.

Atau untuk langkah yang lebih selamat, belilah dua kad sim. Satu nombor untuk berhubungan dengan isteri dan keluarga serta satu lagi khusus untuk kekasih anda. Kad sim pada masa ini pun bukanlah mahal sangat. Asasnya, pelaburan kecil boleh menyelamatkan musibah besar.

Pastikan juga jenama telefon anda berbeza dengan milik isteri. Bukan apa, kalau isteri terdetik nak buka pun ia akan mengambil masa. Tapi kalau isteri anda jenis mahir teknologi, pedoman penting ini tidak terpakai.

(Sebenarnya ada beberapa lagi pedoman penting yang biasa diamalkan oleh lelaki curang. Kalau ada manfaatnya, Kucing Jantan boleh dedahkan kemudian).

Tetapi kepada wanita yang bijak, buat apa susah payah mahu memata-matai telefon si suami. Kalau suami mahu selingkuh, apa juga cabaran akan ditempuhnya. Ibarat kata, lautan api sanggup direnangi, gunung-ganang sanggup didaki.

Yang penting, sebagai isteri ialah menjalankan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan tawaduk. Apa yang selalu berlaku, si suami akhirnya akan pulang jua ke pangkuan keluarga. Kalau tidak pun, dia akan menempuh jalan yang lebih baik iaitu berkahwin lagi. Relakan dan reda sajalah.

Dan dalam bab selingkuh ini, bukan suami sahaja yang ada nafsu untuk berbuat demikian. Banyak juga kes melibatkan isteri. Jadi, kalau mahu hidup bahagia elakkan mengetahui apa isi kandungan telefon bimbit pasangan kita.

*******

WHAT THE FISH AND CHIPS!!!



Mesti korang berkerut dahi baca artikel kat atas ni kan? aku pun sama!! Sebijik aku copy paste dari UTUSAN ONLINE (link) Cmonlah, media ni apa sebenarnya tugas? nak papar artikel-artikel macam ni? sh*t sungguh! 

Kalau publish dalam blog aku yang tak ramai mana baca oklah, ni dalam media arus perdana kot. haiiyaaa. nak ajar berlaku curang? utusan oohhh utusan


pss : esok nak balik dah 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

31 ulasan:

Nadhirah Ahmad berkata...

xbleh blah

joegrimjow berkata...

@Nadhirah Ahmad

utusan

Amir Izzat berkata...

patut lah macam pernah dengar je tajuk nie..hahah.. tak patut kan.. entah ar.. dah takdak isu yg hendak diperkatakan lg kot...

ngabe sungguh puok nih.

syafiq berkata...

mula2 aku fikir apa laaaa si joe ni mrepek. tapi nama tak guna abg joe, nama baru mungkin. last2 dari utusan. dah bertukar ke akhbar tabloid. mungkin sikit hari penuh dgn kisah2 dalam kelambu. pelaris.

joegrimjow berkata...

@Amir Izzat

ngabe banyok

joegrimjow berkata...

@syafiq

hehe
sakit hati je baca

Sesopie berkata...

Weyh,pemende laa surat khabar ajar lelaki curang nie! Haihh

irwanmiswan berkata...

aku ingatkan ko lah yang buat ayat tu.macam agak janggal....huhuhu....dan macam bengong die punye nasehat....

slay berkata...

ingatkan blog kau kene hack tadi bro. -_-"

amal berkata...

berlaku balik macam isu ultraman hari tu....sah-sah x ada idea nak tulis benda balik sikit..

Halusinasi berkata...

sengal sungguh tajuk berita tu...

joegrimjow berkata...

@SofieyAzwa

tips2 untuk curang tanpa segan silu

joegrimjow berkata...

@budakkampung39

bengong sampai publish kat paper

joegrimjow berkata...

@slay

lol
sapelah yg nak hack kan?
huhu

joegrimjow berkata...

@cik ina

kena upah org kot

joegrimjow berkata...

@Halusinasi

lagi sengal isinya

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Ayat dia pun tak teratur Joe.
Sampai aku confuse, kenapa Joe tulis camni.

>.<"

Geng Borak berkata...

aku dah berkurun tak baca utusan dah.. hahhaaa

Nadia Havez berkata...

aduhai~~ apsal tiba2 ajar untuk berlaku curang.. isy3~`

Pisyek K berkata...

UTUSAN? makin lama makin kelakar. aku kalo xleh tido, aku bukak utusan la. seminit lepas tu komfem tetido dah. xD

Entri terkini: Wawancara bersama Pisyek

joegrimjow berkata...

@♛ LORD ZARA 札拉 ♛

bukan2
hehe

joegrimjow berkata...

@KiD

smlm ada org share
terkejut jugak

joegrimjow berkata...

@Nadia Havez

sharizat kena ambik tindakan

joegrimjow berkata...

@Pisyek

LOL
ubat tidur?

moonie berkata...

memang budusss..

Nas berkata...

utusan ni mmg racist ke hapa ni
asyik letak tajuk kontrobesi je :P

Unknown berkata...

Salam..

ingatkan joe buat lawak..perli ke ape..ahhahaha! sebbaik x beli utusan dah bertahun. paper dah takbley dipercayai..huahua~

No name berkata...

ptt lar bahasa elok sgt, upanya dari surat khabar.. hahaha

Unknown berkata...

semakin lama semakin berani media menyesatkan minda pembaca...

biskut berkata...

-____- pabenda nieh? terbaik ah nasihat. kira nak kurangkan kes cerai sebab kantoi curang ah?

Tanpa Nama berkata...

dah byk kali curi2 buka hp bf, dan stiap kali tu juga mnangis pas baca...hmm..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW