Share

Kasihnya adik kepada kakaknya

Sekarang ni aku ada kat Putrajaya, dari 2 hari lepas lagi sampailah esok. Lusa dah nak gerak ke Penang pagi-pagi lagi. Bulan 12 ni memang banyak jalan, ke KL 3 kali, lagi banyak dari bulan biasa yang mana dalam sebulan sekali dua je, tapi bulan ni sampai 3 kali. Ke Johor untuk kali pertama dengan prius, ke Kuala Terengganu pada awal bulan ni. Fuh, memang sangat banyak jalan!

Di Putrajaya

Kat Putrajaya aku tinggal dengan kakak aku. Nasib baik dia ada beli rumah kat Putrajaya ni, memang jadi tempat persinggahan aku lah. Bukan aku saja, mak aku pun kalau datang ke KL ni, akan tinggal di sini untuk jangka masa yang lama jugak. Rumah tumpangan presint 11 gitu. waha!



Actually nak tulis pasal aku pergi beli durian kat alamanda je semalam. bukan main panjang lagi mukaddimah dia kan? sebab kakak aku tiba-tiba mengidam durian, kenalah adik kesayangan dia pergi beli. Kebetulan nak pergi Alamanda, memang beli kat sana je lah

Cuma agak terkejut dengan harga durian kat sana, mahal sangat! RM 20 untuk 3 ulas. pergh, ni durian ape ni? kat kampung aku durian ni FREE je kot! dah macam kat oversea dah, harga durian yang mahal. Usha punya usha, ada bahagian yang dia buat offer, RM 10 untuk 3 ulas. walaupun rasa mahal, amek jugaklah untuk kakak kesayangan

aku nak buat bisnes durian lah kalau macam ni, jual 5 biji sehari dah boleh bayar kereta bulan-bulan dah!


pss : sedang menikmati pulut durian sekarang

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 ulasan:

azieazah berkata...

Nanti cari lah bakal mertua yang ada dusun buah durian. Bukan saja diri sendiri dapat rasa free, adik beradik kaum kerabat lain pun leh tumpang sama... :)

joegrimjow berkata...

@azieazah

kat kg banyak je pokok duyan
nak cari kat putrajaya ni yg azab nye

Tanpa Nama berkata...

lepas ni kena tanam pokok durian..so anak2,cucu cicit akan dtg tak payah kelaur duit bnyk2 beli durian..hehehe..kat kampung aku banyak durian..tak pyh beli..;)

suka Joe jadi seorang adik yang baik...teruskan Joe..=)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW