Share

Bob Kuman pergi, Nayati selamat

Bukak twitter tadi, tengok ada twit dari kawan twitter 'Al-Fatihah to Bob Kuman' haish, dulu pernah ada orang kontroversikan berita kematian Bob Kuman ni, sekarang ada lagi? Cuba buat tak endah, tengok trending topic pun Al-Fatihah to Bob Kuman berada di tangga ke 5. Disahkan dengan baca pautan link yang diberi, baru percaya yang Bob Kuman yang terkenal dengan lawak jenakanya telah kembali ke rahmatullah 

Al-fatihah....


Nayati selamat



Nayati Shamelin Moodliar - kanak2 yang diculik beberapa hari lepas ditemui selamat hari ni. Satu berita yang melegakan. Takut juga jadi macam kes penculikan sebelum ini yang rata-rata ditemui mati. Bagaimana dia dibebaskan? penculik tu bebaskan dia dengan minta wang tebusan. Oklah, dari melakukan apa-apa yang tidak elok kepada dia, duit tebusan itu adalah cara terbaik. 

Hari ni kita kehilangan Bob Kuman, tapi kita terima berita Nayati yang selamat. Seorang pergi, seorang selamat. Entah bila giliran kita pulak


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Innalillah...dan Alhamdulillah

Mira Maisara berkata...

semua yg berlaku ada hikmahnya..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW