Share

Restoran Insaf, insaf dah tak datang!

Beberapa hari ni kerap orang share kat facebook mengenai satu restoran mamak di KL yang charge harga yang melampau. Restoran Insaf katanya. Dan kat bawah ni aku ambil dari FB orang yang share tu


Memang insaf lah lepas makan tu dah tak makan kat situ lagi lepas ni. hehe


Restoran Mamak

Kebiasaannya, memang aku kalau ke KL kedai mamak jadi tumpuan. Entah DNA apa yang ada dalam badan ni, memang sangat ketagih dengan ayam madu. Nasi + ayam madu + sayur kubis. Tu je menu aku. Tak kiralah kat Putrajaya, Shah Alam mahupun kat KL, memang itu ajelah menu aku makan. Kebiasaanya, harga tu dalam lebih kurang RM 6.00 ke RM 8.00. Yang paling murah kat food court KLCC RM 4.50 je. macam tak caye ada lagi yang jual bawah RM 5 hidup macam ni. Kat KLCC pulak tu

Sebenarnya, yang menjadi isu adalah LABEL HARGA. Aku tak tahulah resoran insaf tu ada letak harga ke tak (kalau ada pengalaman komen kat bawah ni ya) tapi kalau dieorang letak, mungkin silap kita sebagai pengguna sebab tak perhati betul-betul. Mungkin korang kata still tak logik dengan harga tu - nasi putih RM 3??? - tapi dah tu harga dia nak buat macam mana

Bak kata PM kita - rakyat kena pandai memilih

Cumalah bagi pendapat aku, orang kita ni jenis tak kuat komplen. Komplen mulut dan facebook tu memang banyak, tapi komplen kat badan berwajib kurang. Kalau rasa teraniaya, cepat-cepat buat laporan. Even bukan kat kedai mamak - kat kedai biasa pun kalau tak letak tanda harga memang salah. Tu hak kita, memang kena manfaatkannya betul-betul

okeh, itu saja entry pendek.

excited ni nak makan ayam madu lagi. haha.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

5 ulasan:

Izzat Aziz berkata...

Kedai mamak ni, terutama yang dekat rumah aku, harga diorang tak konsisten. Kalau ayam dan daging agak murah.

Nasi + Ayam + Sayur = RM 5

Kalau lauk lain, macam sotong, udang agak mahal.

Nasi + Sotong + Sayur = RM 10++

Kena tahu lauk apa yang murah, lauk apa yang mahal.

kueh bakar berkata...

salam...
dah bertahun lamanya makan kat situ. menang harga tak pernah naik lagi...

cuma sekarang zaman fb dll - berita cepat tersebar...

dulu masa 1998 - makan kat kelantan delight harga nasik puteh pun RM 8 sepinggan. tapi fahamlah sewa dia 38ribu sebulan kat KLCC.Bila KLCC naik harga 50k sebulan dia terpaksa cabut..

sewa kedai area situ 15k sebulan paling murah

kueh bakar berkata...

sewa kedai area restoran insaf laa. 15K sebulan paling murah..

joegrimjow berkata...

@Izzat Aziz

biasa udang la mahal

joegrimjow berkata...

@kueh bakar

ada tanda harga tak?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW